Powered By Blogger

Selasa, 25 Disember 2012

Derita Terakhir




Semalam...
Pahit yang tak dapat ditelan
Di kamar ini
Entah mengapa
Air mata ini begitu murah mengalir
Beriringan segala derita
Yang begitu ingin mengunjung kejayaan
Bersama ketenangan dan ketabahan
Menghadapi masa hadapan




Ketika itu...
Kau beri kekuatan dan keyakinan
Melayari saat-saat getir di sini
kerna sering dipinggir dan ditinggalkan pergi.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

 Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Namun...
Kejayaan itu mengajar dan menyedarkanku..
Aku menemui kunci pintu kecemerlangan
Aku bersyukur
Penuh keberkatan
Dalam segar iman yang reda
Dalam segar takwa dan pasrah


Kini..
Azam itu akan diteruskan 
Walau ketitis-titis akhir kegagalan
beratapkan harapan ayah
Bertambahkan semngat ibu
Bertiang usaha kuat
Bersama doa kudusmu
Hanya pintaku,Tuhan
berkait perjalanan onak duri ini
Ke gerbang sinar kegemilangan

1 ulasan:

  1. Assalaamualaikum! Done follow you #7 , follow me back kayh =) Thanks ^^

    BalasPadam