Powered By Blogger

Isnin, 5 November 2012

Aku….


Aku bukan Bill Gates untuk memberi kekayaan,
Tapi aku ada walaupun 10 sen dalam simpanan,
Aku bukan Adi Putra yang genius,
Tapi aku masih mampu untuk mengingati sifir walaupun 1x1

Aku bukan Nicol Ann David yang aktif bersukan,
Tapi aku masih mampu berlari walaupun 1 meter,
Aku bukan Perdana Menteri yang mampu memimpin negara,
Tapi aku mampu untuk memimpin diriku sendir walaupun tak berapa 'ok'




Aku bukan Mother Theresa yang banyak menolong orang yang susah,
Tapi aku sedia menolong sesiapa sahaja yang dalam kesusahan selagi aku mampu.
Aku bukan doktor yang mampu merawat pesakit supaya sembuh,
Tai aku boleh mencegah ,kerana "mencegah itu lebih baik daripada mengubati"

.

Aku bukanlah seorang gadis yang sempurna yang menjadi idaman lelaki
Tapi aku masih mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyanyangi.
Aku bukan komputer yang mampu menyimpan banyak maklumat,
Tapi aku tak mudah melupakan kenangan dan pengalamn yang ku lalui.



Aku bukan seorang  Al_Hafizah yang mampu menghafal "AL_QURAN"
Tapi aku akan terus membaca dan menghafal walaupun tak berapa mampu.
Aku bukan Harry Potter untuk menyihir,
Tapi aku mempunyai Allah tempat aku berpegang dan bergantung memohon pertolongan.



Aku bukan Zizan @ Johan yang boleh membuat lawak,
Tapi aku mampu menggembirkan sesiapa sahaja yang berada disisiku,selagi aku mampu.
Aku bukan ahli tilik yang boleh mengetahui masa depan seseorang,
tapi aku akan berusaha supaya masa depan aku CERAH!

Sesungguhnya aku adalah aku,
Aku bukanlah sesorang yang mempunyai banyak kelebihan.
Aku masih memerlukan seseorang untuk membimbing dan membetulkan ku.
walaupun aku kesepian dan keseorangan dipandang mata,
Tapi aku tahu Allah selalu menemani ku....

emm..ini adalah bingkisan Yang Cik Tallest ___copy & Paste___ oky
sorrylah kalau ade kesalahn bahasa,,,ejaan dan sebagainya!!
okylah dah penat nihh~nie jelah yang sempat.. tak nak baca tak kisahhh!!#`



Tiada ulasan:

Catat Ulasan